Sunday, 7 August 2011

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Kaunseling merupakan satu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang menolong (kaunselor) dengan orang yang menerima pertolongan (klien)dalam suasana yang penuh muhibbah, kesedaran dan saling memahami.

Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.

Bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi memastikan sesuatu maklumat itu sampai kepada penerima.

Kaunselor pula bertindak sebagai pemudah cara yang sedia mendengar dengan penuh empati. Setiap perkara yang dikongsikan oleh klien agar klien mendapat celik akal dan berupaya bertindak terhadap permasalahannya.






No comments:

Post a Comment